Drupal 7 – An AJAX HTTP request terminated abnormally [solved]

I tried to update CKEditor module today on my Drupal 7 project, whenever the update is processing, it produces an error. Take a look on error produces below.

Drupal 7 - An AJAX HTTP request terminated abnormally

This is the first time I faces this kind of error. So I write this simple notes for further references. After a few researches, this is how to fix it:

  1. Check .htaccess file, your site redirect from www to non-www or non-www to www
  2. Open settings.php on sites/default and search  Base URL.
  3. If your site is redirected from non-www to www, make sure your base URL in settings.php also using a www url. (e.g: www.junaidi.my)
  4. back to your Drupal admin panel, clear cache and try updating the module again.

Hope it’s working 🙂

OnlineFM.net.my – Pentas Maya Bagi Indiependent Band Malaysia

Laman web www.onlinefm.net.my adalah merupakan salah satu laman web yang telah saya bangunkan menggunakan Drupal 7. Laman web ini dimiliki oleh Online Media Entertainment. Laman web ini menggunakan Drupal 7 sebagai asas pengurusan laman web mereka.

onlinefm.net.my

Saya adalah pembangun laman web yang telah diberikan tanggungjawab membangunkan laman web tersebut pada September 2013 sehingga hari ini. Pada asalnya domain onlinefm.net.my telah dibeli dan diuruskan sendiri oleh Online Media Entertainment dan menggunakannya pada laman blogspot. Mereka beranggapan bahawa telah tiba masa nya untuk mereka mengemaskini laman web tersebut dan menambah beberapa ciri yang memudahkan pengikut Online Media Entertainment.

Continue reading OnlineFM.net.my – Pentas Maya Bagi Indiependent Band Malaysia

Memasang Meta Tags Untuk SEO Drupal

SEO adalah perkara penting dalam pembangunan laman web. SEO adalah daripada perkataan asalnya iaitu Search Engine Optimization. Kesan optimasi enjin carian kepada sesebuah laman web adalah dapat menyenaraikan laman web anda pada halaman utama hasil enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing serta menarik lebih ramai pengunjung masuk dan mengenali laman web anda.

CMS Drupal adalah antara CMS terbaik di dunia yang kini digunakan lebih 1 juta laman web. Dari hari ke hari, Drupal menjadi pilihan kerana kelebihannya dalam proses pembangunan sesuatu sistem yang kompleks. Namun begitu, Drupal adalah sangat lemah dari segi pengurusan Meta Tags iaitu ciri utama yang dititk beratkan oleh enjin carian. Meta tags memberikan info ringkas berkaitan laman web atau paparan halaman web yang laman web anda miliki.

meta-tags

Melalui meta tags, enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing dapat mengenalpasti akan isi kandungan laman web anda dan memudahkannya untuk memaparkan halaman web tersebut pada hasil enjin carian. Continue reading Memasang Meta Tags Untuk SEO Drupal

WordPress Plugin – Paparkan Entri Berkaitan

Entri berkaitan yang dipaparkan pada WordPress adalah penting untuk mengekalkan pembaca blog untuk terus kekal berada dan membaca blog anda. Hal ini penting untuk meningkatkan prestasi pelawat dan pembaca blog anda.

WordPress Related Posts by Zemanta

Selain daripada tajuk & isi kandungan entri yang menarik dan unik, paparan entri juga memainkan peranan dalam meningkatkan pelawat entri blog. Terdapat dua cara untuk memaparkan entri berkaitan. Sama ada menggunakan pengaturcaraan PHP + WordPress API atau Plugin sedia ada. Continue reading WordPress Plugin – Paparkan Entri Berkaitan

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2014

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau atau singkatannya FKAT merupakan acara tahunan yang telah termaktub dalam kalendar acara tahunan daerah Tawau, Sabah. Festival ini adalah secara tidak langsung bertujuan untuk menyatukan dan memperkenalkan kepelbagaian suku etnik dikalangan masyarakat.

fkat2013-1

Festival ini menjadi festival tahunan daerah Tawau sejak ia mula diperkenalkan buat pertama kali nya pada 2011. Terdapat 25 jenis suku etnik yang terlibat dalam perarakan FKAT. Antaranya adalah Tidung, Cina, Murut, Penan, Lundayeh, Bajau, Bugis, India, Jawa, Toraja, Buton (Wakatobi), Buton (Bau-bau), Iban, Cocos, Suluk, Banjar, Bulungan, Kadazan, Arab, Bisaya, Irranum, Phatan, Idahan, Brunei dan Timor.

Continue reading Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2014

Menggunakan Custom Sub-Domain Untuk Tumblr

Tumblr adalah sebuah sistem mikroblogging yang diasaskan oleh David Karp dan dimiliki oleh Yahoo! Inc. Servis yang dibawakan oleh Tumblr adalah dengan membolehkan pengguna mendaftar dengan mudah dan sebagai platform untuk menyiarkan kandungan multimedia, gambar dan penulis blog ringkas.

fml.junaidi.my

Setiap laman tumblr yang didaftarkan akan menggunakan url ringkas seperti junaidi-a.tumblr.com. Untuk menjadikannya lebih menarik, pemilik tumblr boleh menggunakan custom sub-domain bagi menggantikan url asal yang digunakan .tumblr.com.

Continue reading Menggunakan Custom Sub-Domain Untuk Tumblr

Gambar Auto Show Tawau 2014 Sempena Hari Belia

Pada 3 & 4 Mei 2014 telah berlangsung nya Karnival Auto Show bersempena dengan Hari Belia 2014 bertempat di Tapak 100 Tahun Sabindo.

autoshow-tawau-1

Terdapat beberapa kategori pertandingan dianjurkan. Antara pertandingan tersebut adalah show off kereta, audio/sound roudshow, show off motorsikal, show off basikal dan show off / sound lori. Continue reading Gambar Auto Show Tawau 2014 Sempena Hari Belia

Memasang CKEditor Pada Drupal 7

Pemasangan Drupal versi 7 dan ke bawah tidak dilengkapi dengan ciri pengolahan teks WYSIWYG. Pengolahan teks adalah penting sekiranya anda ingin mengaplikasikan format teks tanpa menggunakan HTML tags.

ckeditor

CKEditor dapat membantu pengguna untuk memudahkan proses penulisan artikel tanpa mengetahui HTML tags kerana CKEditor dilengkapi dengan butang khas contohnya untuk BoldUnderlineItalic dan banyak lagi.

Continue reading Memasang CKEditor Pada Drupal 7

Module Penting Untuk Drupal 7

Drupal adalah sebuah sistem pengurusan laman web yang semakin berkembang digunakan oleh pelbagai jenis laman web atau sistem. Drupal 7 adalah versi terkini Drupal. Namun begitu, Drupal 8 kini sedang dalam pembangunan dan dijangka akan diterbitkan tidak lama lagi.

the-periodic-table-of-drupal-modules

Untuk menggunakan Drupal dengan lebih jimat masa dan mudah, beberapa module dapat digunakan. Module adalah sama fungsinya dengan Plugin pada WordPress dan Extension pada Joomla. Fungsinya tetap sama iaitu menambah ciri tambahan dengan mudah jimat masa. Continue reading Module Penting Untuk Drupal 7